Model pengeluaran francais Coca-Cola

Pengeluaran dan pengedaran Coca-Cola adalah mengikut model francais. Syarikat Coca-Cola hanya menghasilkan sari sirap yang dijual kepada pelbagai pembotol yang memegang francaisnya di seluruh dunia. Para pembotol ini menghasilkan minuman siap dengan mencampurkan sari sirap dengan air turas dan gula (ataupun pemanis buatan). Selepas mengisikan minuman dalam tin dan botol, mereka akan menjual dan mengedarkannya kepada kedai runcit, restoran, mesin layan diri, dan pengedar perkhidmatan makanan. Biasanya, pembotol-pembotol juga dikehendaki bertanggungjawab untuk kesemua pengiklanan dan promosi jualan di dalam kawasan mereka.

Syarikat Coca-Cola merupakan pemilik saham minoriti bagi beberapa pembeli francais yang terbesar, seperti Coca-Cola Enterprises dan Coca-Cola FEMSA, tetapi hampir setengah daripada jumlah jualan sejagat adalah dihasilkan oleh pembotol-pembotol yang sepenuh bebas.

Oleh sebab gula dan pemanis ditambahkan oleh pembotol, kemanisan minuman Coca-Cola telah dikatakan berbeza-beza dari satu kawasan ke satu kawasan supaya dapat menyesuaikan rasa minuman kepada rasa orang tempatan.